SEDAPNYA pekena nasi panas dengan kari ikan! Tapi kalau sebut kari, memang ramai yang 'surrender' sebab anggap renyah untuk disediakan. Akhirnya, terpaksalah tunggu waktu cuti atau hujung minggu semata-mata nak masak kari. ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kecut dan melekat! Rupanya ada cara nak dapatkan isi kerang montok dan bersinar... Barulah puas makan Tapi sebenarnya ada cara yang sangat mudah dan menjimatkan masa buat mereka yang sukakan hidangan ini. Anda boleh cuba membuat sendiri pes kari ikan sebagaimana perkongsian seorang pelayar Facebook, Zaini Talib. Berikut adalah resipi pes kari ikan yang dikongsikannya: Bahan-bahan: - 6 ulas bawang kecil - 6 ulas bawang putih - 2 inci halia - 2 inci kunyit atau serbuk kunyit - 1 sudu besar jintan putih - 1 sudu besar jintan manis - 1 sudu besar biji ketumbar - 1 sudu kecil lada hitam Santan dan bahan kisar adalah ramuan utama dalam kari. -Gambar hiasan Cara-caranya: 1) Kisar halus semua bahan di atas. Jangan gunakan air yang banyak (kalau tak guna air pun boleh). Anda juga boleh kisar dengan sedikit minyak. 2) Jika mahu pedas, masukkan empat sudu besar cili kering yang telah dikisar asing. 3) Masukkan minyak dan tumis sehingga pecah minyak semua bahan di atas. Tumis lama sikit sampai agak garing 4) Bila sudah pecah minyak, petanda pes ini sudah siap dimasak 5) Simpan pes dalam peti sejuk. Menurut Zaini, pes tersebut mampu bertahan untuk membuat dua atau tiga kali hidangan kari. Bila terasa nak makan gulai atau kari ikan je, hanya tumiskan pes, tuang santan dan sedikit air asam jawa. Kemudian masukkan ikan dan sayur pilihan masing-masing. Mudah bukan? Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube