AYAM goreng sememangnya menu yang menjadi kegemaran ramai, khususnya kanak-kanak. Cukup sekadar nasi berlaukkan ayam goreng, kanak-kanak yang kurang cerewet dalam pemakanan lazimnya mudah terbuka selera. Bagaimanapun, ayam goreng akan menjadi 'extra' sedap jika ia rangup di luar dan juicy di dalam, seperti ayam yang biasanya didapati di restoran makanan segera. ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba banyak tip akhirnya jumpa rahsia rangupkan ikan bilis... Rebus dulu baru goreng, tahan hingga 4 bulan Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik menu ayam goreng rangup ini. Jom kita cuba buat ayam goreng rangup sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh seorang tukang masak, Rizal Kitchen. Ais batu dan telur antara dua bahan utama yang perlu ada untuk resipi ayam goreng rangup. Bahan-bahan: - Ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan - Tepung goreng serbaguna - Ais batu - Telur - Garam - Serbuk perasa Ayam yang sudah digaul sebati dengan kesemua bahan digoreng dengan minyak yang betul-betul panas. Cara-caranya: 1) Tuangkan ais batu ke dalam satu bekas dan kemudian masukkan ayam di dalam bekas yang sama 2) Pecahkan dua biji telur dan gaul rata 3) Masukkan tepung serbaguna dan gaul rata 4) Masukkan garam dan serbuk perasa 5) Goreng seperti biasa. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng Mudah bukan? Para ibu mesti senang hati apabila melihat anak-anak berselera sekali menikmati hidangan jika ada ayam goreng. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube