suria

Tak sangka ini rahsia buat sambal sotong kembang tak liat... Semestinya sedap, siap dapat pujian suami!

Sotong kembang enak dinikmati bersama nasi lemak. -Gambar hiasan

SELAIN sambal ikan bilis, nasi lemak sememangnya sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis sambal, antaranya adalah sambal sotong kembang.

Jika kita berkunjung ke mana-mana warung atau restoran yang menyajikan sarapan pagi, sambal sotong kembang menjadi salah satu menu pilihan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang masak rupanya guna 2 bahan rahsia ini... Ayam goreng anda pasti rangup di luar, ‘juicy’ di dalam

Ramai yang sudah cuba memasak sendiri, tetapi entah di mana silapnya, sotong kembang menjadi liat dan akhirnya terus 'potong' mood untuk menikmati nasi lemak.

Usah risau... apa kata anda cuba tip yang dikongsikan oleh Har Ryea ini, pasti dapat pujian ramai terutamanya suami!

Bahan-bahan:

- Tiga ekor sotong kembang

- Enam hingga tujuh sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)

- Dua atau tiga sudu besar bawang besar kisar

- Satu sudu besar bawang putih kisar

- Satu sudu besar halia kisar

- Satu atau dua ulas bawang besar hiris kasar

- Seketul kecil gula melaka

- Satu sudu kecil pes asam jawa

- Garam (secukup rasa)

- Serbuk perasa

- Gula (secukup rasa)

- Semangkuk kecil kacang tanah (goreng dan kisar sedikit kasar)

Cara-caranya:

1) Bersihkan sotong dan rebus sekejap sahaja.

* Petua: Bila air dah mendidih terus padam api. Biarkan dua minit, toskan dan potong kecil.

2) Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dihiris kasar dan goreng sampai sedikit garing.

3) Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan halia.

4) Masukkan cili kering kisar dan gaul rata.

5) Masukkan gula melaka.

6) Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan sedikit pes asam jawa. Gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.

7) Masukkan sotong dan kacang tanah. Gaul rata.

8) Tambahkan sedikit air.

9) Kacau dan masak hingga sambal pecah minyak. Sedia untuk dihidang!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain