suria

Teringin pai Zahnita? Senang sangat nak buat sendiri di rumah, boleh sesuaikan ikut citarasa tempatan

Hidangan pastri ini boleh dibuat di rumah menggunakan beberapa bahan mudah.

PAI merupakan sejenis hidangan pastri klasik yang terkenal di seluruh dunia.

Bermula daripada pai epal yang sinonim dengan Amerika hingga pai daging tradisional di negara-negara Eropah, hidangan ini terus digemari ramai sehingga ke hari ini.

Perkongsian pelakon dan model, Zahnita Wilson yang berniaga pai sejak beberapa bulan lalu juga menyebabkan hidangan itu kembali tular di Malaysia.

Ia berikutan ramai bersimpati dengan kisah sedih Zahnita yang mendakwa dia menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangganya.

pai 3

Anda juga boleh meletakkan serbuk kari daging ketika memasak inti pai.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mencuba air tangan Zahnita, anda sebenarnya boleh menghasilkan menu itu dengan beberapa bahan mudah.

Jika mahukan citarasa tempatan, anda juga boleh menggunakan serbuk gulai daging ketika menyediakan intinya.

Berikut merupakan resipi pai yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, Ain Aziz.

Bahan-bahan

1. Bawang besar

2. Bawang putih

3. Serbuk gulai daging

4. Serbuk cili

5. Daging kisar

6. Kentang

7. Lobak merah

8. Daun sup

9. Garam

10. Gula

11. Kulit pastri (boleh dibeli di kedai)

12. Keju mozarella

13. Serbuk oregano

14. Kuning telur

Hidangan pastri ini boleh dibuat di rumah menggunakan beberapa bahan mudah.

Hidangan pastri ini boleh dibuat di rumah menggunakan beberapa bahan mudah.

Cara penyediaan

Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari sehingga garing.

Kemudian, masukkan serbuk gulai daging dan serbuk cili ke dalam periuk tumisan itu.

Boleh tambahkan sedikit air dan masukkan daging kisar selepas tumisan pecah minyak.

Boleh juga masukkan kentang dan lobak merah ke dalam periuk.

Masak sehingga daging empuk dan air mula kering, kemudian tambahkan gula dan garam secukupnya.

Apabila semuanya sudah agak kering, tambahkan pula daun sup.

Selepas masak, ketepikan untuk disejukkan.

Sediakan kulit pastri dan letakkan ke dalam acuan.

Kemudian tambahkan inti yang dimasak bersama keju mozarella ke dalam kulit pastri.

Tutup kulit pastri dan sapukan kuning telur di atasnya.

Pai itu boleh dibakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain