suria

“Tak mahu ‘bakar-bakar’ orang!” - Rykarl Iskandar malas nak layan

PELAKON cilik, Rykarl Iskandar memberitahu dia menggunakan Instagram sebagai platform untuk berkomunikasi dengan peminat.

Menurut Rykarl, 13, dia sering menerima pertanyaan daripada pengikut dan tidak keberatan untuk menjawab persoalan mereka itu.

Bukan sekadar pujian, dia juga pernah menerima mesej kecaman daripada netizen di laman itu.

"Apa-apa pun kena hadap dan berdepan dengan semua tu tadah jela sebab memang minat dan kena tempuhi.

"Instagram ini platform untuk berkongsi aktiviti dan sejujurnya ramai yang mesej dan saya akan jawab.

"Tapi kalau soalan tak berkenaan tak perlu layan, saya tak nak 'bakar-bakar' orang. Kalau yang tanya baik kita akan jawab," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon utama telefilem Berani Jadi Papa ini mengakui pernah menerima mesej luahan hati daripada pengikut.

Namun, dia menganggap itu hanyalah pujian terhadap kerjayanya dan bukan luahan perasaan.

"Ada yang mesej kata suka tapi saya balas terima kasih saja. Saya pun tak tahu dia suka sebab apa, suka sebab lakonan saya atau macam mana.

"Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang terus menyokong saya selama sembilan tahun dalam industri ini," ujarnya.

Rykarl Iskandar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi