suria

Macam cerita dongeng, Ippo Hafiz nak kahwin wanita dalam muzik video sendiri

BAGAIKAN cerita dongeng, gosip hubungan istimewa antara penyanyi Ippo Hafiz dengan wanita dalam muzik video single terbarunya berjudul Saat Bahagia menjadi realiti apabila mereka bakal menikah pada 24 Ogos depan.

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 30, berkata dia sudah menghantar rombongan untuk merisik wanita pilihannya itu iaitu Fara Roslan di rumahnya di Setia Alam, Selangor pada Ahad lalu.

Perkongsian Ippo di Instagram

"Kami tidak bertunang, sekadar merisik dan terus tetapkan tarikh untuk dinikahkan pada Ogos nanti.

"Lokasi pernikahan dan persandingan juga telah ditetapkan dan kami sedang giat melakukan persiapan untuk majlis itu nanti,” kata Ippo kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan jolokan raja runut bunyi ini menjadi perhatian di laman sosial selepas memuat naik gambar bersama Fara berserta tanda pagar gabungan nama mereka berdua.

Bercerita mengenai hubungan mereka, Ippo berkata dia mula mengenali Fara sekitar September tahun lalu.

Hubungan Ippo dan Fara semakin rapat selepas rakan klip video Saat Bahagia

"Sebenarnya sebelum rakaman muzik video saya dah mula tertarik dengannya, namun masa itu sekadar nak kawan sahaja.

"Hubungan kami makin rapat selepas pengambaran muzik video Saat Bahagia," katanya.

ippo hafiz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi