BARU-BARU ini nama pelakon Azrel Ismail trending di Twitter kerana ramai penonton meluahkan rasa marah dengan watak Jamil lakonannya menerusi drama Korban Kasih.
Azrel, 36, bagaimanapun menjelaskan dia cuba meredakan keadaan dengan membalas luahan hati netizen dengan cara yang menyenangkan.
“Watak Jalil tu memang sebelum ini sangat lembut dan baik, tapi semuanya berubah apabila dia bertunang dan berkahwin dengan Aisyah lakonan Ummi Nazeera.
“Sehinggalah dia tinggalkan Aisya pada malam pertama perkahwinan mereka, memang kena kecam 'kaw-kaw' dekat Twitter. Tapi saya balas komen mereka tu dengan cara yang kelakar, biar peminat sahaja yang terasa emosi,” kata Azrel kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!