suria

“Saya pantang kena pijak!” - Sharnaaz Ahmad jawab isu panas baran, suka cari gaduh

PELAKON Sharnaaz Ahmad akui sikapnya yang sering melenting membuatkan dia dilabel sebagai seorang panas baran.

Malah kata Sharnaaz, 35, watak antagonis dalam drama dan filem lakonannya juga sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat tentang karakternya.

“Saya ni pantang kena pijak, nak tegur ada cara... kita berkomunikasi mesti ada cara dan tata hormat.

“Mungkin tahap marah saya itu orang dah label saya sebagai panas baran... tapi semua manusia kat atas muka bumi ada panas baran, ” ujarnya kepada mStar.

Namun kata Sharnaaz, dia juga mempunyai sikap humor dan suka bergurau namun ia 'ditutup' dengan kisah kontroversi dan sensasi yang melanda dirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharnaaz Ahmad,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi