suria

“Kenapa sibuk-sibuk nak cepat tua?” - Dayang Nurfaizah tegur gadis suka mekap tebal

PERKEMBANGAN teknologi membuatkan golongan remaja terutamanya dalam kalangan perempuan terdedah dengan pelbagai teknik solekan.

Menyedari mengenai perkara itu, penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui bimbang apabila melihat ramai remaja bawah umur sudah mula bereksperimen dengan alat solek.

“Dayang risau... sebab sayang kulit tu terlalu muda, bukan waktu sesuai. Kalau sekadar lip balm dan bedak nipis tu okay sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang tiada perubahan, Dayang Nurfaizah takut nak buat rawatan muka - “Cantik tak semestinya kulit putih!”

“Saya ketika umur begitu tak pandai bermekap, kalau orang tak buat saya pun tak mekap. Saya juga dah pesan anak buah berusia 10 tahun untuk tidak mengenakan mekap kerana risau kulitnya rosak.

“Mekap tu boleh tapi jangan keterlaluan sebab takut beri kesan... jangan tutup kecantikan asli, natural is the best! Jangan nak cepat tua.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu X Missing U ini mengakui kagum dengan bakat dan kebolehan anak muda yang kreatif mengenai seni solekan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi