suria

Apa kesudahan kontroversi lagu Sumpah? Naim Daniel dah ‘move on’ - “Tiada follow up, teruskan apa yang ada je”

PENYANYI Naim Daniel tidak meletakkan harapan tinggi lagu nyanyiannya berjudul Sembah tercalon dalam mana-mana anugerah muzik di Malaysia.

Dalam hal ini, Naim berkata sokongan pendengar dan peminat sudah cukup memadai untuknya terus berkarya dalam industri seni suara.

“Sejujurnya saya tak letak harapan apa-apa, tapi kalau orang doa yang baik jangan tolak. Saya hanya mampu berterima kasih kepada yang menyokong!

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa yang berlaku, kita hadapi dengan tenang” - Naim Daniel anggap kontroversi sebagai teguran daripada Allah

“Kalau ada rezeki adalah... kalau tak ada saya tak putus asa. Pendengar Malaysia semakin arif, kalau harapkan sesuatu yang besar, kita doakan semoga Allah permudahkan.

“Saya tak tertekan sebab memang tak pernah letak sasaran begitu, bagi saya asalkan orang boleh terima muzik dan lakonan itu dah cukup puas hati, ” katanya.

Penyanyi lagu Sumpah ini ditemui semasa tayangan perdana filem Aku, Bunga yang akan ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 13 Ogos ini.

Naim Daniel, Sumpah, Sembah, AJL


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi