suria

“Kalau dah best buat apa nak tukar?” - Nabil Ahmad anggap tukar pengacara satu risiko

PENGACARA versatil Nabil Ahmad tidak peduli kata-kata negatif masyarakat yang bosan dan mahukan 'muka baharu' dalam menerajui program Gegar Vaganza musim ketujuh.

Nabil, 37, menganggap ia merupakan rezeki buat dia dan rakan pengacara Jihan Muse untuk terus mengendalikan program realiti popular itu.

“Saya dan Jihan tetap kekalkan benda yang sama, sebab kami buat benda sama itu membuatkan orang nak tengok lagi.

“Kelainannya adalah pada peserta tapi perangai tetap sama, macam-macam hal akan jadi, ” ujarnya kepada mStar.

Gegar Vaganza musim ketujuh bakal menemui penonton bermula 11 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi