suria

Akhirnya Ben Amir mengaku rapat dengan Daiyan Trisha - “Sweet… dia ada call dan mesej ucap tahniah”

PELAKON Ben Amir melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas ucapan tahniah daripada orang ramai selepas memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Malah Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 30, berkata dia turut menerima ucapan istimewa daripada Daiyan Trisha melalui panggilan telefon.

“Ini satu penghargaan untuk saya yang sudah lama berlakon. Tapi bagi saya ia adalah satu permulaan kerana banyak lagi watak yang saya inginkan.

“Daiyan Trisya pun ada ucap tahniah, sweet... dia ada call dan text, ” ujarnya kepada mStar.

Menjawab gosip kononnya dia dan Daiyan Trisha mempunyai hubungan istimewa, Ben bagaimanapun menafikan perkara ini dan menganggap aktres itu sebagai rakan industri.

“Kami kawan rapat, kita dalam industri yang sama dan saya pun banyak belajar daripada dia. Buat masa sekarang saya pun masih kenal-kenal je dengan dia.

“Belum serius bercinta... kita masih nak kenal antara satu sama lain, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi