suria

Elvina Mohamad seram dengan reaksi penonton drama Takdir Yang Tertulis - “Ada yang menyumpah harap suami sendiri curang!”

PELAKON Elvina atau nama sebenarnya Datin Elvina Mohamad kini menjadi perhatian netizen dan penonton kerana watak antagonis bernama Ruhila menerusi drama Takdir Yang Tertulis.

Susulan itu ramai penonton terbawa-bawa emosi daripada drama itu hingga ada yang berani menghantar mesej cacian serta sumpah seranah di Instagram.

“Saya dapat kecaman yang teruk, mungkin sebab mereka terbawa emosi tu keluar sebab watak Ruhila tu.

“Tapi jangan lah memaki, saya takut.

“Sampai ada yang menyumpah saya kena benda yang sama dengan suami suatu hari nanti, ” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan sama, walaupun dihujani kecaman tapi Elvina berasa puas kerana bakatnya berjaya ditonjolkan dengan baik.

“Saya okay je, tak ambil hati pun sebab benda tu hanya watak saya dalam lakonan.

“Sebenarnya saya gembira dan berterima kasih kepada pengarah kerana bagi saya peluang bawa watak ni.

“Ini antara drama yang paling memberi impak besar dalam kerjaya saya, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi