suria

MK K-Clique sedar slang Sabah terlalu pekat, cuba perbaiki gaya bahasa sejak jadi pelakon

PENYANYI yang kini aktif berlakon iaitu MK daripada kumpulan K-Clique bersyukur pihak produksi drama The Hotel memberi sedikit kelonggaran kepadanya yang diketahui ramai pekat dengan slang Sabah apabila bertutur.

Ujar MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, dia berjanji akan memperbaiki cara bercakap supaya lebih mudah difahami oleh penonton.

“Alhamdulillah untuk pertama kali berlakon saya diberi sedikit kelonggaran dalam berdialog tapi untuk diri sendiri saya perlu bagi kesesuaian dalam berbahasa.

“Saya kenalah belajar supaya orang faham bahasa yang saya guna. Mungkin tidak terlalu Sabah dan tidak terlalu pekat. Untuk yang pertama ni Alhamdulillah tapi untuk seterusnya saya sendiri kena perbaiki,” katanya.

Ditanya mengenai satu gambar yang dimuat naik di Instagram yang memberi gambaran seolah-olah ingin menamatkan zaman bujang, penyanyi lagu Pulang ini menjawab ia sekadar satu gurauan.

“Saya dah lama tak post something di Instagram, jadi ini untuk berinteraksi dengan peminat... benda ini hanya mengusik, lama tak jumpa orang jadi kita bergurau di Instagram.

“Untuk berkahwin, saya perlu memperbaiki diri sendiri dulu sebelum ke fasa ini, untuk saya dirikan keluarga saya kena banyak belajar lagi tapi kalau ada nasi minyak nanti korang akan sampai, jangan risau.” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

MK K Clique, The Hotel, Drama,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi