WALAUPUN hanya menggunakan motosikal Honda EX5 pemuda bernama Shafiq yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini dianggap hero kerana membantu pengguna jalan raya yang menghadapi masalah kerosakan kereta di tengah jalan.
Ujar Nurhalis Shafiq Mohd Yusof, 34, ketika kejadian di kawasan Prai itu, dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.
“Saya memang pakai kamera Go Pro di helmet untuk keselamatan. Bantuan towing kereta tu secara kebetulan saja.
“Lagi pula saya tak mahu pengguna lain berdepan masalah kerana kereta berkenaan rosak betul-betul di tengah jalan,” katanya kepada mStar.
Terdahulu rakaman Shafiq membantu mengalihkan sebuah kereta bersama seorang lagi penunggang motosikal lain yang dikongsikan di TikTok mendapat pujian ramai.
Rata-rata mendoakan agar Shafiq dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik atas jasa baiknya membantu orang yang memerlukan.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!