suria

Kongsi ayat-ayat sedih di IG, peminat risau Beby Acha berduka putus cinta… “Ikutkan banyak benda aib nak post”

GARA-GARA sering memuat naik ayat-ayat dan kapsyen sedih di Instagram, ada peminat menyangka penyanyi Beby Acha kini sedang berduka.

Tampil menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Acha atau atau nama sebenarnya Nur Aishah Shari, 31, berkata dia berada dalam keadaan baik tidak seperti disangka orang ramai.

“Itu adalah perkara normal, apa yang saya kongsi itu sebab saya suka ayat tersebut... kadang-kadang macam berkait dengan kehidupan kita.

“Berkait dengan sekeliling kita, tiada apa pun yang terjadi... bukan putus cinta ke apa!

“Memang ramai yang bertanya sama ada saya okay atau tidak sebab sering memuat naik kapsyen sedih.

“Tapi sejujurnya saya memang okay terima kasih kepada sesiapa yang prihatin dan ambil kepada saya.” kata Beby kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi