suria

Karya sindiran dan kritikan sudah jadi makanan Drama Band, wakili suara rakyat angkat kisah korupsi dalam ‘Ular’

KUMPULAN Drama Band tidak akan berhenti daripada terus menghasilkan karya berunsurkan sindiran dan kritikan terhadap isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyrakat Malaysia meskipun berdepan kritikan daripada pendengar.

Aepul Roza selaku vokalis kumpulan itu memberitahu, dia tidak serik atau berasa takut dengan kecaman sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu tanggungjawab dalam menyuarakan suara hati rakyat tentang pelbagai isu semasa yang berlaku.

"Kami memilih untuk buat teguran adlam karyta bagi mewakili suara masyarakat, kita ada platform itu dan ambil tanggungjawab berkenaan untuk menyampaikan mesej kepada semua.

"Bukanlah nak kata tak serik, tapi saya rasa tanggungjawab itu lagi besar daripada memikirkan ketakutan... sebab sampai bila nak ada perasaan takut ini," katanya kepada mStar.

Aepul berkata demikian sebagai mengulas single terbaharu mereka, Ular mengangkat kisah korupsi dan kesannya terhadap masyarakat marhean.

Dalam pada itu, Aepul menjelaskan, Ular tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya mengetengahkan luahan hati golongan marhean yang mungkin rasa tertindas disebabkan korupsi yang berlaku.

"Sindiran yang kami buat adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Kalau ada yang terasa itu... faham-faham sahajalah," ujarnya.

Lagu itu turut menampilkan kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG).

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi