suria

GV9 banyak ubah karier Tomok tapi cubaan ‘Mandrem’ peminat tak menjadi

PENYANYI Tomok menyifatkan kegagalan single terbaharunya, Mandrem kurang mendapat sambutan pendengar mungkin disebabkan tindakan beraninya tampil genre berbeza daripada kebiasaan sebelum ini.

Tomok atau Shah Indrawan, 38, berkata, meskipun penerimaan terhadap lagu itu agak perlahan namun dia tetap memandangnya daripada sudut positif dalam memperbaiki diri pada masa depan.

"Bagi saya tiada sebarang kesilapan dalam sebarang karya dikelurkan, untuk single sebelum ini mendapat tempat tapi lagu Mandrem saya cuba tampilkan kelainan.

"Orang yang sudah terbiasa dengar Tomok nyanyi lagu balada mungkin ambil masa untuk menerima pembaharuan yang dilakukan.

"Tak ada masalah sekiranya lagu ini tidak dapat sambutan dan bagi Tomok tidak salah untuk mencuba, kalau yang ini tidak menjadi tak apa, kita buat lagu lain dan paling penting sebenarnya jangan putus asa dalam melakukan apa saja perkara," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Viral, Tomok, sensasi, fyp, sihir, lagu Mandrem, GV9, muzik.


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi