suria

Sweet couple! Peminat suka tengok Akim Ahmad dan Stacy… “Saya sentiasa ingatkan diri bapa anak tiga”

PENYANYI Akim Ahmad meluahkan rasa syukur kerana telah dikurniakan keluarga sempurna serta bahagia disamping isteri tercinta iaitu Stacy.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 31, berkata banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan sehariannya setelah bergelar bapa dan suami.

“Alhamdulilah perkahwinan saya baru saja 10 tahun tapi apa yang buatkan saya bahagia sebab baru saja terima anak lelaki empat bulan lalu jadi kebahagiaan itu macam bersambung pula.

“Peralihan usia ini dan peralihan sistem kehidupan ini berbeza daripada sebelum ini membuatkan saya sedar akan apa perkara yang patut dilakukan atau tidak, apa yang saya lakukan adalah berbincang dengan isteri.

“Nilai-nilai kasih sayang sebenarnya kena ada dalam rumah tangga ni dan itu yang saya sering terapkan malah saya selalu pesan pada diri sendiri yang saya ni ayah anak tiga,” kata Akim kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi