suria

Fazley Yaakob jujur dengan isteri, tidak berahsia kalau ada perempuan ajak keluar… “Tak semua penyondol salah”

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Kata Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 45, isu berkenaan terlalu subjektif untuk diulas namun ia boleh menjadi penyebab menganggu keharmonian sesebuah ikatan perkahwinan.

“Kalau kita nak diganggu dan benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tapi, jangan kita letak tepi isu ini... memang ada rumah tangga yang bermasalah.

“Tidak semua penyondol itu bersalah, dan tidak semua yang disondol itu bersalah kerana kadangkala, ada elemen-elemen yang kita tidak boleh ceritakan kepada orang luar.

“Jadi, apabila kita memilih untuk mencari insan ketiga untuk kebahagiaan, adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol yang disondol ataupun isteri dan suami dalam keterlibatan dalam masalah rumah tangga,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Fazley berkolaborasi dengan kedai serbaneka CU menjual menu istimewa edisi terhad berilhamkan masakan tradisional Malaysia.

Antara makanan ready-to-eat hasil ciptaannya iaitu Laksa Negeri Sembilan, Roti Bandung Strawberi, Sambal Oren Nasi Lemak Ikan Gimbap, Sandwic Telur Mayonis Pulled Beef Lemak Cili Api dan Nasi Goreng Yuan Yang Sejahtera dengan Ayam Tumis Rumpai Laut.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi