suria

Banyak hal positif selepas hampir setahun rujuk semula, Diana Danielle syukur hubungan dengan Farid Kamil lebih baik

HAMPIR setahun memilih untuk rujuk semula, pelakon Diana Danielle memberitahu kehidupannya dan suami iaitu Farid Kamil kini lebih baik berbanding sebelumnya.

Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, dia bersyukur fasa sulit sebelum ini membuatkan suaminya lebih matang dalam menguruskan hal rumah tangga.

“Alhamdulillah hampir setahun nampaknya banyak yang positif dan anak-anak juga baik sebab kami baik dalam komunikasi serta bertolak ansur malah kehidupan di rumah pun nampaknya tidak lagi mencabar.

“Bila ada komunikasi dan perancangan bersama jadi kami ada rasa sehaluan malah kalau ada apa-apa masalah kami cuba selesaikan bersama.

“Bila seseorang tu pernah rasa kehilangan jadi akan lebih kerja keras atau peka dan ingin tahu terhadap pasangan, macam Farid sekarang dia lebih masa dengan keluarga, selalu akan ambil berat fasal saya tanya pergi mana dan balik kerja bila,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi