PELAKON dan penyampai radio Suria FM iaitu Datuk Fizz Fairuz memilih lebih berhati-berhati meletakkan kepercayaan terhadap seseorang memandangkan pernah menjadi mangsa penipuan kenalan terdekat.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, juga kesal apabila ia melibatkan urusan wang ringgit hingga meninggalkan kesan terhadap dirinya.
“Saya tidak menyalahi sesiapa tetapi bila melibatkan perniagaan dan hasil kerja, ia membuatkan saya sedikit kecewa.
“Dalam industri dalam bidang perniagaan yang saya buat ni jadi kalau salah tafsir orang atau salah cari rakan sekerja tu akan jadi masalah juga buat kita.
“Hubungan saya dengan dia masih lagi okay malah masih berurusan cuma kena berhati-hati la,” kata Fizz kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI