suria

“Saya tengok cover tu cantik” - Ceddy terbuka hati beli al-Quran, keluarga tak halang jika mahu peluk Islam

TULAR di media sosial mengenai seorang personaliti media sosial membeli al-Quran kerana tertarik dengan kecantikan muka hadapan kitab suci berkenaan.

Kata Ceddy Ang, 36, itu bukanlah kali pertama dia berada di kedai tersebut namun pada hari itu hatinya terdetik untuk membeli kitab tersebut.

Meskipun berminat dengan ajaran Islam, pemuda berbangsa Cina ini memberitahu dia masih belum bersedia untuk memeluk Islam kerana perlu belajar lebih banyak lagi mengenai agama ini.

”Saya perlu mengambil masa dahulu sebelum memeluk Islam, kerana saya sekarang sudah berumur 36 tahun. Saya juga dilahirkan dalam keluarga yang beragama buddha.

“Jadi sudah tentu banyak perkara lagi yang saya perlu dipelajari sebelum sedia untuk membuat sesuatu keputusan.

“Keluarga saya memang sangat supportive, ibu saya sendiri tidak menentang jika suatu hari nanti saya ingin memeluk agama islam.

“Keluarga saya merupakan keluarga yang bersifat terbuka, ayah saya sendiri seorang yang peramah dan berkawan dengan pelbagai kaum,” katanya pada mStar

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi