suria

Onani bukan punca utama mati pucuk, Dr Samhan dedah ramai lelaki muda ada masalah batin

VODCAST Kenot Brain kali ini membawakan personaliti media sosial yang juga merupakan doktor kesihatan lelaki iaitu Dr Samhan bagi membincangkan isu berkaitan kesihatan.

Menerusi sembang podcast kali ini, Dr Samhan menceritakan pengalamannya merawat pelbagai peringkat umur pesakit yang menghadapi masalah mati pucuk.

Dr Samhan yang sudah merawat lebih 60,000 lelaki berkongsi pengalamannya bertemu dengan pelbagai ragam pesakit yang sentiasa diingatinya sehingga hari ini.

“Ada pesakit yang berumur 75 tahun minta saya untuk rawat. Alhamdulillah berjaya dan berita baik dia maklumkan pada saya adalah dia sudah berkahwin baru dengan wanita berumur 19 tahun.

“Selain itu, saya masih ingat lagi ada pasangan suami isteri jumpa saya. Minta saya untuk rawat masalah mati pucuk yang dikatakan berpunca daripada sihir oleh bekas teman lelaki isterinya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Samhan turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam membeli produk berkenaan rawatan mati pucuk yang dijual secara dalam talian.

Terdapat pelbagai lagi topik yang menarik dibincangkan bersama Dr Samhan di dalam sesi vodcast ini.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi