suria

Bincang projek juta-juta tapi semua ‘scam’, Aaron Aziz dedah gambar diguna untuk tujuan keuntungan

PELAKON Datuk Aaron Aziz mendedahkan dia banyak menerima janji palsu dan menjadi mangsa penipuan daripada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan.

Kata Aaron, 49, pelbagai kontrak berupa filem mahupun projek bernilai jutaan ringgit yang sudah dibincangkan namun akhirnya perkara tersebut tidak menjadi realiti.

“Ini scam yang saya paling benci. Saya sudah jumpa mereka, berbincang katanya mahu buat filem dan projek berjuta-juta tetapi akhirnya tiada hasil.

“Apa yang mereka buat adalah ambil gambar bersama saya kemudian tunjuk kepada pelabur untuk salur duit kepada mereka. Itu hanya tujuan peribadi mereka sahaja. Banyak kali saya terkena, tidak terkira,” katanya kepada mStar.

Selain kegiatan tersebut, Aaron memaklumkan terdapat juga individu tidak bertanggungjawab dengan menggunakan wajah dan suaranya untuk melariskan jualan di media sosial.

Kata aktor tersebut, sehingga kini dia masih belum berjaya menemui individu yang melakukan perkata itu.

Dalam perkembangan lain, Aaron merupakan salah seorang pelakon dalam drama Din Tiger arahan Datuk Afdlin Shauki.

Cerita yang berkisahkan jenayah scam itu turut dilakonkan oleh Tony Eusoff, Adam Corrie, Nina Juren, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi