suria

Terima aduan sate mahal, Mark Adam dedah pihak berkuasa buat pemeriksaan di gerai

PENYANYI Mark Adam mendedahkan ada individu membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai harga Sate Bhalut yang didakwa terlalu mahal sewaktu meniaga di Havoc Festival, Shah Alam.

Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, berkata dia terkejut apabila didatangi pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat pemeriksaan terhadap gerai jualannya itu.

“Walaupun sudah jelaskan tapi masih ada yang tak puas hati dan komen negatif lagi sampaikan tadi ada pekerja saya beritahu ada pihak berkuasa datang untuk periksa harga di gerai saya.

“Tugas pihak berkuasa tu untuk periksa dan kira harga jualan saya dan kos barangan semuanya saya tak selindung dan tunjuk kepada pihak tersebut.

“Barang-barang premium seperti daging, kambing daripada New Zealand, ayam bahagian peha jadi semuanya sudah dijelaskan sebab tu saya tak risau lagi pun saya meniaga di karnival makanan jadi harga memang berbeza,” kata Mark Adam kepada mStar.

Dalam pada itu, Mark memberitahu ada dalam perancangan untuk menghasilkan menu baru yang lebih murah dan mampu milik bersesuai dengan kemampuan pembelinya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi