PERKONGSIAN foto isteri kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna mencuri perhatian netizen sehingga ada yang membuat andaian dia kini sedang hamil.
Menjawab khabar angin itu, Redza, 33, memberitahu isterinya masih belum berbadan dua, namun dia memohon orang ramai mendoakan agar mereka dikurniakan rezeki berkenaan.
"Apa yang saya tahu, belum lagi ada bayi dalam perut tapi kalau ada memang syukur Alhamdulilah.
"Setakat ini belum lagi rasanya cuma saya minta doakan saja buat kami mana tahu ada rezeki anak nanti," kata Redza kepada mStar.
Dalam pada itu, Redza memberitahu dia dan Bella tidak meletakkan sebarang perancangan mengenai zuriat dan menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan tuhan.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI