PENYANYI Amira Othman tidak ambil pusing dengan komen segelintir pihak yang meluahkan rasa meluat apabila melihat dia sering digandingkan bersama pelakon Fattah Amin.
Tidak mampu untuk menutup mulut orang ramai, Amira, 32, bagaimanapun memilih untuk menghargai peminat yang lebih memberikan sokongan.
“Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada sesetengah kurang selesa tengok kami sering bersama dan saya tidak mampu puaskan mereka.
“Bagi mereka yang komen positif itu, saya terima dengan hati terbuka. Saya tidak pernah ambil pusing dengan kata negatif,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI