suria

7 sebab kenapa Islam anjur pernikahan, membujang umpama menyerupai pendeta Nasrani

Islam menggalakkan umatnya bernikah kerana ia adalah sunnah Rasulullah dan satu cara mendapat keredaan Allah. Gambar hiasan

ISLAM amat menggalakkan pernikahan, apatah lagi menerusi pernikahan, seseorang Muslim dapat meraih reda Allah SWT.

Dari Ibn Mas’ud Nabi Muhammad SAW bersabda, "Wahai para pemuda! Siapa di antara kamu sudah mampu menikah, maka menikahlah." (HR. Bukhari, 5066)

Dari Anas Ibn Malik, Nabi Muhammad SAW memerintahkan para sahabat untuk berkahwin dan melarang mereka untuk membujang dengan larangan yang keras.

Dari Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Berkahwin (adalah) daripada sunnahku. Barangsiapa yang tidak mengerjakan sunnahku (berkahwin), maka dia bukan dari golonganku". (HR. Ibn Majah, 1846)

Hidup membujang umpama menyerupai para pendeta Nasrani.

Hidup membujang, kerahiban atau kependetaan ini jelas menentang sunnah Nabi Muhammad SAW dan fitrah yang Allah SWT telah tetapkan untuk makhluknya, iaitu saling mencintai dan berpasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok bergelumang maksiat, rupa-rupanya ‘nikmat’ buat dosa adalah azab Allah... Pendosa tak sedar sedang dihukum!

Dari Abu Umamah al-Bahili, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Janganlah kalian menjadi seperti para pendeta Nasrani (yang tidak berkahwin dan hidup membujang)". (HR. Baihaqi, 13839)

nikah 1

Terdapat firman Allah dan hadis yang menerangkan mengenai perkahwinan.

Umar al-Khattab berkata, "Sama ada engkau (tidak berkahwin kerana engkau) seorang yang bodoh atau engkau (tidak berkahwin kerana engkau) seorang yang banyak dosa". (Musannaf 'Abdurrazzaq, 6/10383)

Meskipun begitu, ada sebahagian daripada kita mungkin menemukan beberapa orang yang menjalani kehidupannya dengan membujang.

Justeru, bagaimana pandangan Islam terhadap orang yang membujang?

Hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dari jalur Sa'ad bin Abu Waqqash, yang menjadi indikasi dilarangnya seseorang untuk membujang, "Dari Sa'ad Bin Abu Waqqash, ia berkata, sungguh Rasulullah SAW telah melarang Uthman membujang".

Lantas, apakah hidup membujang hukumnya haram?

Firman menerangkan, para ulama dalam memahami hadis tersebut tidak serta merta menyimpulkan membujang adalah sebuah keharaman.

nikah 3

Salah satu sebab Islam menganjurkan pernikahan adalah untuk mengelakkan zina atau perlakuan seksual tanpa batas serta ikatan yang sah. Gambar hiasan

Firman juga memaparkan, menikah merupakan sunnah dari para Nabi atau suatu perilaku yang dipraktikkan baginda sebagai teladan bagi umat di samping tuntutan dan keperluan manusiawi.

Ada tujuh sebab mengapa Islam menganjurkan pernikahan, iaitu:

1. Sunnah para Nabi dan Rasul

2. Sunnah Nabi Muhammad SAW

3. Salah satu tanda kekuasaan Allah

4. Salah satu jalan beroleh rezeki

5. Merupakan satu ibadah dan merupakan sebahagian daripada agama

6. Haram berzina atau mengendalikan naluri seksual tanpa batas dan tanpa ikatan, justeru dianjurkan bernikah

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain