suria

Rumahtangga berantakan, cerai atau bertahan? Ini jawab ustazah... kata kuncinya ‘sayangi diri sebelum minta disayangi lelaki’

Wanita tidak perlu takut bergelar janda, sebaliknya perlu berbangga kerana tidak hilang harga diri kerana lelaki.

UJIAN dalam perkahwinan merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh suami dan isteri.

Namun, kita juga perlu menerima takdir seandainya jodoh itu tidak berpanjangan dan berakhir dengan penceraian.

Baru-baru ini, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh turut menitipkan pesan kepada kaum Hawa yang berdepan ujian dalam rumah tangga mereka.

Jelas pendakwah itu, segala permasalahan tidak dapat diselesaikan oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama suami dan isteri.

"Begini puan-puan, boleh kalau nak selamatkan atau pertahankan perkahwinan. Memang itu yang patut dilakukan jika di fasa awal perkahwinan kita diuji. Memang kita mesti cari solusi dan jalan perdamaian sebelum tekad bercerai.

1835520

Ustazah Sharifah Zahidah berpesan agar kaum Hawa menyayangi diri sendiri sebelum menagih kasih suami.

"Tapi kena ingat juga, pastikan si suami pun berminat untuk mempertahankan perkahwinan. Bagaimana cara nak tahu jika lelaki itu berminat atau tak untuk pertahankan rumahtangga tu?

"Buat perancangan, buat time frame dan letak key performance indicator (KPI) kepada pasangan anda untuk dia turut menyumbang kepada usaha menyelamat.

"Rescue plan namanya. Jangan menonong kata nak selamatkan perkahwinan, tapi nak buat rescue plan pun tak ada perbincangan antara keduanya," pesannya.

Tindakan, bukan perkataan

Menurut Sharifah Zahidah lagi, usaha menyelamatkan rumah tangga bukan sahaja dituturkan dengan kata-kata, sebaliknya ia perlu disusuli dengan tindakan dan usaha.

"Wanita yang diuji dalam rumahtangga, jika anda nak selamatkan perkahwinan, make sure the other party juga congruent dengan action dia. Dan pastikan janji bahawa nak selamatkan perkahwinan itu bukanlah taktik basi sekadar untuk memanjangkan proses perceraian dan melakukan mental torture lebih banyak ke atas diri isteri yang ditahan dan tak mahu dilepaskan.

"Ditahan kerana kononnya sayang, hakikatnya si isteri terbuang. Mempertahankan perkahwinan atau sekadar menunda perpisahan? Anda pasti lebih tahu. Orang kalau betul dia nak, kalau betul dia sayang, dia akan lebih berhati-hati dengan tindakan dia.

"Dia akan usaha buat habis-habisan sehingga tiada ego berbaki untuk dipertahankan. Bagaimana dia bertindak dan hadapi situasi akan menentukan segalanya. Bukan apa yang dia janji atau merayu depan anda," ujarnya.

Sayangi diri

Pesan Sharifah Zahidah lagi, kaum Hawa perlu menyayangi diri sendiri sebelum menagih kasih daripada suami.

Tambahnya, wanita yang tahu menghargai diri mereka berada dalam kelas tersendiri dan tidak perlu dilayan buruk oleh suami.

553 (1)

Masalah rumah tangga tidak dapat diselesaikan oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama suami dan isteri.

"Wanita, sebelum melutut hendak suami sayangkan kita, kita perlu belajar sayangi diri sendiri dahulu. Wanita yang sayangkan dirinya ini berada dalam kelas tersendiri. Tindakan dan gaya mereka classy. Mereka tidak desperate untuk disayangi lelaki sampai dijadikan alas kaki, dia tetap melutut agar disayangi suami.

"Wanita yang sayang diri takkan rasa insecure atau hina dengan title janda. Berasa tenang dan bahagia dalam hati lebih utama dari menggalas title isteri tapi menahan derita setiap hari.

"Saham wanita sebegini masih ada walaupun usia dan muka dah semakin tua. Apa pun, usah terlalu difikir soal berteman jika terpaksa melewati perpisahan. Alah bisa tegal biasa," ujarnya.

Anak-anak juga perlu berasa aman

Selain memikirkan diri sendiri, wanita juga perlu memikirkan perasaan anak-anak agar mereka tidak terseksa dalam keluarga yang berantakan.

"Saya bukan menggalakkan perceraian. Tapi cukuplah. Cukuplah saya lihat rumahtangga dan anak-anak menjadi mangsa tekanan sang ibu dan isteri yang menderita dalam perkahwinan! Tak ada siapa yang bahagia dalam rumah tangga yang telah lumpuh fungsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kena jadi ‘Detektif Conan’ siasat suami curang, Dr Fadzilah Kamsah kongsi 5 teknik halus tegur suami ‘pasang dua’

"Kita ini wanita. Jangan kerana takut hidup bersendiri. Takut dituduh tak pandai menjaga laki. Takut terpaksa berhempas-pulas menyara diri dan anak-anak. Kita biar diri kita diinjak lelaki yang gagal berfungsi sebagai suami dan ketua keluarga.

"Pertahankanlah keluarga. Di saat bertahannya keluarga itu membawa lebih kebaikan buat semua pihak. Tetapi ambillah jalan perpisahan, jika berpisah itu membawa lebih kebaikan buat semua pihak," katanya.

Jadilah hamba Allah yang baik

Menurut Sharifah Zahidah lagi, isteri yang berkorban pastinya akan mendapat ganjaran besar namun tidak semua perkahwinan itu wajar untuk dipertahankan.

Mental health costs billions story.AZHAR MAHFOF/The Star

Selain memikirkan diri sendiri, wanita juga perlu memikirkan perasaan anak-anak yang terseksa dalam keluarga yang berantakan.

"Jika mampu bertahan dalam perkahwinan sebagai hamba Allah yang baik, go ahead dan pertahankan. Syurga menanti buat dirimu yang berkorban. Tapi jika hati menyumpah dan tak mampu lagi reda dengan kezaliman dari sikap pasangan, lantas hanya menjadikan kita isteri derhaka dan kufur; berpisahlah setelah jalan perdamaian menemui kebuntuan.

"Bercerai itu ada banyak hukumnya. Kadang haram, kadang wajib. Bukan semua perkahwinan wajar dipertahankan. Yang penting duhai wanita. Tolonglah. Tolonglah, sayangi diri anda. Anda sayang diri anda, akan ada orang yang lebih layak datang untuk menyayangi anda kembali. You deserved to be loved the way you love," pesannya.

Janda bahagia

Akhir bicara, Sharifah Zahidah berkata wanita tidak perlu takut untuk bergelar janda, sebaliknya perlu berbangga kerana mereka tidak hilang harga diri kerana seorang insan yang bergelar lelaki.

"Jika takdirnya tiada yang ingin sunting ada lagi dan anda perlu bersendiri sehingga mati, who cares? Peganglah title janda bahagia dengan bangga!

"Daripada pegang title isteri durjana, isteri derita, isteri malapetaka segala apa benda title isteri yang akhirnya hanya membuat anda ‘hilang’ diri anda.Tak berbaloi.

"Hilang diri kerana seorang lelaki yang tak layak bergelar suami. Keyword adalah sayangi diri, sebelum minta disayangi lelaki. Allahualam," ujarnya lagi.

Di penghujung perkongsian, Sharifah Zahidah turut membuat catatan ringkas bahawa apa yang dikongsikannya itu tidak berkaitan dengan kisah rumah tangga selebriti yang sedang hangat menjadi bualan ketika ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain