suria

Aidilfitri bukan milik satu kaum, Islam agama universal... Rumah terbuka mualaf ceria dalam busana pelbagai budaya

Hadi (tengah) bersama tetamu pelbagai kaum pada rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini.

ISLAM adalah agama bersifat universal atau 'alamiyyah yang tidak membeza-bezakan antara lelaki dan wanita, kulit putih mahupun hitam.

Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, di mana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.

Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila mengadakan rumah terbuka bertemakan 'Raya Dalam Budaya' yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.

Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan berkata, tema itu diangkat dengan tujuan meraikan hari kebesaran umat Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa.

347296898_1245944276126152_199061953241799036_n

Tetamu yang hadir tampil dengan busana budaya masing-masing.

"Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima daripada semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.

"Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat mengenai kesepaduan antara semua kaum.

"Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya, dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka ia tidak menjadi masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang dengar artis buat konsert, ramai sanggup berhabis duit beli tiket... Ini pandangan ulama tentang muzik dalam Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Duit pelaburan masih banyak, individu niat nak sedekah selepas ‘cuci tangan’ main Forex... ini penjelasan mufti

"Adapun sahabat-sahabat kita berlainan agama maka Islam mengajarkan kita untuk memberikan mereka hak yang ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.

Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga antarabangsa hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek, Sepang baru-baru ini.

Penganjur turut memperuntukkan RM14,000 duit raya untuk diberikan kepada saudara mualaf dan asnaf.

Hari Raya Aidilfitri bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja, tetapi lebih daripada itu.

DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN

PENGERUSI PERTUBUHAN AKADEMI AL BAYAN

"Ini semua hasil zakat orang ramai kepada Al Bayan dan kami hanya bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.

"Terdahulu Al Bayan melakukan kerja-kerja dakwah di lapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.

"Selain itu kami mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain," katanya.

Selain itu demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih dua tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka.

347284768_756844609467441_5496203187557821430_n

Hadi bersama rakan-rakan yang hadir ke acara berkenaan.

Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.

Enggan bersandar kepada infak orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpotensi sebagai janaan ekosistem mereka.

"Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera.

"Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.

"Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan daripada sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain