suria

Nak berasmara pun ada SOP, jangan ‘try’ semua teknik... Ambil tahu hukum seks oral, lihat kemaluan pasangan

Pasangan wajar menambahkan lagi kualiti hubungan seksual selagi ia tidak melibatkan perkara haram. -Foto Freepik

PASANGAN suami-isteri tidak mempunyai halangan untuk melakukan hubungan kelamin, namun masih ada larangan yang perlu diambil kira.

Lebih mengejutkan, ada pasangan tidak tahu serta keliru mengenai hukum-hukum serta apa yang dibolehkan atau dilarang dalam rumah tangga mereka.

"Assalamualaikum ustaz. Minta maaf jika bertanya soalan begini sebab memang nak tahu. Apa hukum oral seks? Hukum suami atau isteri menjilat kemaluan pasangan? Minta maaf lagi sekali atas persoalan ini," ujar seorang individu.

Soalan tersebut disiarkan menerusi laman web Mufti Wilayah Persekutuan dengan huraian panjang tentang keharusan berasmara dengan segenap tubuh pasangan.

Jawapan

Para ulama Syafieyyah menggariskan bahawa suami diharuskan untuk menikmati secara seksual setiap bahagian tubuh isterinya dengan dua pengecualian.

1. Makruh bagi suami untuk melihat kepada faraj dan bahagian dalamnya lebih dimakruhkan. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Melihat kepada faraj itu mewarisi kebutaan.”

Begitu juga hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa dia berkata:

Maksudnya: “Aku tidak pernah langsung melihat alat sulit Rasulullah SAW.”

Clipboard01

Hubungan kelamin merupakan salah satu elemen penting dalam perkahwinan. -Foto Freepik

2. Diharamkan bagi suami untuk menyetubuhi isterinya pada dubur [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie]. Ini berdalilkan hadis Khuzaimah bin Tsabit RA bahawa Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran maka janganlah kalian mendatangi isteri pada dubur mereka.” (Riwayat al-Nasaie)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang dilaknat itu adalah seorang yang mendatangi wanitanya pada duburnya.” (Riwayat Ahmad)

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang dengar artis buat konsert, ramai sanggup berhabis duit beli tiket... Ini pandangan ulama tentang muzik dalam Islam

Para ulama juga menyatakan bahawa harus hukumnya bagi seorang suami untuk menyentuh dan bermain-main dengan alat sulit isterinya, secara seksual dan makruf, bukan dengan cara yang merosakkan.

Perkara ini disebut oleh Syeikh Zainuddin al-Malibari, murid Imam Ibn Hajar al-Haitami, dalam kitabnya Fath al-Mu`in:

Maksudnya: “Diharuskan bagi seorang suami itu menikmati secara seksual akan tubuh isterinya, selain daripada lubang dubur (liwat), sekalipun dengan menghisap biji kelentitnya.”

Berdasarkan kenyataan ini, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum bermain-main secara seksual dengan menggunakan mulut dan lain-lain adalah diharuskan oleh syarak dengan syarat tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan.

Selain itu ia perlu dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka, tidak membawa kepada kerosakan dan dilakukan dengan penuh adab. Begitu juga bagi isteri terhadap suami.

Apatah lagi pada zaman sekarang yang terdedah dengan pelbagai fitnah syahwat seperti penzinaan, pelacuran dan pornografi, sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis.

Walau bagaimanapun, Seksyen 377A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi kesalahan seorang lelaki yang memasukkan alat sulitnya ke mulut orang lain, sekalipun dengan isterinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain