MEMELUK mahupun mencium suami atau isteri masing-masing sebagai ekspresi bagi menunjukkan rasa sayang atau penghargaan sememangnya digalakkan oleh agama Islam. Bukan sahaja mendapat pahala, malah ia menyemarakkan lagi kehangatan hubungan suami isteri... kadang-kadang kalah pengantin baru! Namun perlu difahami, ikatan yang sudah halal bukanlah 'lesen' untuk pasangan suami isteri melakukan aksi mesra sesuka hati lebih-lebih lagi apabila ia ditonton oleh khalayak. ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak sedekah tudung, pinggan mangkuk arwah isteri... Nanti dulu, ini huraian lengkap Ustaz Azhar Idrus ARTIKEL BERKAITAN: Sidai baju waktu malam tak elok... Syaitan berkeliaran, mudah kena sihir? Ini penjelasan dari sudut agama Ketika ini media sosial digunakan secara meluas serata dunia, sedikit sebanyak dibimbangi perkongsian sedemikian akan memberi kesan negatif kepada pasangan yang berkenaan. Islam turut mempunyai pandangan berkaitan perkara ini, sebagaimana yang dihuraikan lebih jelas di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. "Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Perbuatan merakam video atau gambar mesra antara suami isteri memadai hanya untuk simpanan peribadi dan tontonan sendiri. -Gambar hiasan "Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa. "Bagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri," katanya. Sabda Nabi SAW (Maksudnya): Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman," demikian huraian berkenaan. (Riwayat Muslim, no. 35) Sementara itu, Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345) "Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya," menurut laman itu lagi, memetik Imam an-Nawawi. "Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini," jelasnya lagi. Kesimpulannya, menzahirkan rasa kasih sayang sesama suami isteri seelok-eloknya tidak dilakukan di khalayak. Malah, memadai jika perbuatan merakam video atau gambar mesra hanya untuk simpanan peribadi dan tontonan sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube