suria

Isteri kerap periksa telefon suami, takut pasang perempuan lain... Ustazah Asma perjelas hak wanita

Poligami menjadi pilihan kebanyakan lelaki masa kini. -Gambar hiasan

KISAH beberapa pempengaruh yang terlibat dalam isu rumah tangga serta poligami membuatkan golongan wanita khususnya para isteri sentiasa memerhati tindak tanduk pasangan masing-masing.

Ramai yang meluahkan kebimbangan dan takut jika perkara sama menimpa diri mereka.

Merasakan diri terkongkong, kebanyakan suami mula mempersoalkan tindakan isteri yang dianggap keterlaluan.

Menjelaskan mengenai trend semasa yang berlaku ketika ini, pendakwah Asma’ Harun tampil berkongsikan sirah Nabi Muhammad SAW.

Asma Harun berkongsi kisah Aisyah ra dan Rasulullah saw.

Asma Harun berkongsi kisah Aisyah ra dan Rasulullah saw.

“Pada suatu malam, Aisyah berpura-pura tidur... tiba-tiba Rasulullah memakai pakaiannya senyap-senyap supaya Aisyah tidak sedar.

“Kemudian Rasulullah keluar perlahan-lahan. Aisyah kemudian mengekori Rasulullah sehingga sampai di kawasan perkuburan umat Islam dan berdoa.

Bagi saya dalam zaman sekarang, memang kena ada pengawasan seperti itu (check phone).

ASMA' HARUN

“Selepas selesai, Aisyah berlari-lari anak supaya Rasulullah tidak mengetahuinya... apabila Rasulullah kembali, Baginda menegur Aisyah kenapa tercungap-cungap,” ujarnya.

Menurut Asma’ lagi, Aisyah menceritakan apa yang telah dilakukan.

Bagaimanapun katanya, Rasulullah tidak memarahi mahupun menyatakan perbuatan yang dilakukan itu berdosa.

Isteri pertama sering ‘mengalah’ dan mengundur diri. -Gambar hiasan

Isteri pertama sering ‘mengalah’ dan mengundur diri. -Gambar hiasan

“Rasulullah tak kata berdosa intip suami... Rasulullah meraikan fitrah wanita yang ada rasa cemburu, rasa syak wasangka,” tambahnya.

Berkata lanjut, Asma’ berkata, wanita masa kini turut melakukan perkara sama termasuk memeriksa kandungan telefon suami masing-masing.

Malah katanya, kupasan daripada para ulama menyatakan tindakan perbuatan tersebut tidak salah.

“Bagi saya dalam zaman sekarang, memang kena ada pengawasan seperti itu (check phone) supaya kalau ada perkara yang tidak elok, kita boleh tegur suami.

“Kalau suami yang baik, dia boleh terima teguran,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain