KETIKA kita teruja dan gembira meraikan hari raya, tanpa disedari ada perkara yang kita terlepas pandang sehingga melanggar adab serta batas yang digariskan Islam. Ia boleh jadi daripada segi kelakuan, kegiatan atau cara berpakaian yang berlebih-lebihan. ARTIKEL BERKAITAN: Balik beraya rumah mak ayah, jangan buat-buat lupa 13 perkara penting ini... mudahkanlah urusan semua orang Sebagai panduan dan peringatan bersama, berikut disenaraikan beberapa kesilapan adab berhari raya yang menyalahi sunah Rasulullah SAW sebagaimana yang dikongsikan portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: 1) Tidak melakukan solat hari raya dan tidak pergi ke tempat solat, sebaliknya hanya berada di rumah. 2) Banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamusnya untuk menziarahi sanak saudara. Menunaikan solat sunat Aidiladha adalah antara perkara yang sinonim dilakukan setiap kali raya korban. -Gambar hiasan 3) Tidak menutup aurat atau berpakaian yang menjolok mata tanpa mengikut syariat Islam. 4) Memasang lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang kurang sopan dan berlebih-lebihan dalam berhibur atas nama hari raya. Alangkah baiknya jika digantikan dengan alunan zikir, nasyid dan nyanyian sopan yang tidak keterlaluan. 5) Pergi beraya di rumah rakan-rakan dalam tempoh masa yang amat panjang sehingga mengganggu tuan rumah. 6) Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain. 7) Meminta duit raya 8) Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan kurang selesa pada golongan yang beragama. Kita juga dituntut untuk bersederhana bagi mengelakkan pembaziran. -Gambar hiasan 9) Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardu dan melambatkan solat pada waktunya. 10) Lupa menziarahi golongan fakir miskin dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan. 11) Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau hingga membawa perasaan takbur, riyak dan sombong. 12) Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah dan tidak menghiraukan orang lain. Oleh itu, marilah kita menyambut hari raya Aidilfitri dengan mematuhi adab-adab yang digariskan oleh Islam. Elakkan hari raya kita dipenuhi dengan pembaziran dan hiburan yang melampau. Ibn Rajab al-Hanbali menyebut di dalam kitabnya Lataif al-Minan: "Bukanlah hari raya itu kamu (hanya) memakai baju baru tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatannya kepada Allah." Islam membolehkan hiburan namun ia mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube