suria

Mudahnya raih pahala! Selain solat raya, ini 11 amalan sunat Aidiladha rugi jika ditinggalkan

Menunaikan solat sunat Aidiladha adalah perkara yang paling dinantikan ramai. -Gambar hiasan

ESOK, seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidiladha.

Seperti mana sambutan Aidilfitri, kita pastinya tidak mahu ketinggalan untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebutlah ganjaran berlipat ganda pada 10 hari terawal Zulhijah

Selain itu, terdapat banyak amalan sunat lain yang boleh kita lakukan antaranya:

1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi hari.

2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.

3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

raya 2

Mandi sunat pada pagi hari raya sebelum memakai pakaian bersih adalah salah satu amalan sunat dilakukan. -Gambar hiasan

4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

5. Sunat menjamah makanan dan minum selepas pulang dari masjid.

6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.

7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

8. Solat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.

9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

raya 1

Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga juga salah satu amalan sunat hari raya. -Gambar hiasan

10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah.

Baginda bersabda: "Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Aidiladha juga disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ketiga Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

Pendek kata, dalam pada kita meraikan hari raya, jangan lupa melakukan amalan sunat untuk meraih pahala.

Semoga bermanfaat dan selamat hari raya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain