suria

Tiba-tiba tok imam bangun tambah rakaat selepas tahiyat akhir... Makmum jangan ikut, tapi buat 2 perkara ini

Makmum perlu menegur imam sekiranya berlaku kesilapan ketika sedang solat. -Gambar hiasan

LUPA boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat kurang fokus atau tidak khusyuk, termasuklah ketika sedang menunaikan solat.

Selain terlupa ketika bacaan surah, ada kalanya kita tidak dapat mengingati bilangan rakaat yang sudah dilakukan.

Situasi seperti ini pasti menimbulkan tanda tanya mengenai apa yang seharusnya dilakukan, lebih-lebih lagi sekiranya mendirikan solat secara berjemaah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah habis solat baru dapat tahu tak cukup rakaat, perlu sambung atau sembahyang semula? Ini jawab mufti

Persoalan tersebut dijelaskan dengan penuh tuntas dalam sebuah video yang dikongsikan Masjid Bandar Seri Putra di laman TikTok.

Video tersebut turut memberikan satu contoh situasi bagi memberi penerangan dengan lebih jelas, iaitu ketika imam dan makmum sedang berada dalam tahiyat akhir.

"Sepatutnya dah tahiyat akhir, tapi imam bangun lagi tambah rakaat kelima. Justeru apa yang patut dilakukan oleh makmum?

"Kalau imam silap, tak perlu ikut. Stay tahiyat akhir, jangan ikut imam berdiri, sebut Subhanallah untuk menegur.

"Imam yang tertambah rakaat, solatnya tak batal sebab dia memang terlupa. Sebaliknya, makmum yang ingat rakaat solat tapi sengaja ikut imam tambah rakaat, batal solatnya," jelasnya.

imam 2

Makmum boleh berniat mufaraqah sekiranya imam melakukan kesalahan rukun solat. -Gambar hiasan

Jelasnya, jika imam terdengar makmum menyebut Subhanallah dan terus segera duduk semula kepada tahiyat akhir, perkara tersebut tiada masalah untuk makmum.

"Ikut sajalah dia (imam) solat macam biasa. Nanti ikut saja dia buat sujud sahwi," jelasnya.

Bagaimanapun ujarnya lagi, untuk makmum yang sedang duduk tahiyat akhir, mereka mempunyai dua pilihan iaitu:

1) Boleh tunggu imam kembali semula ke tahiyat akhir

2) Boleh niat mufaraqah dan habiskan solat sendiri

Mufaraqah bermaksud berpisah dengan imam apabila imam melakukan kesalahan rukun solat, seperti tertambah rakaat.

Perkara yang sama juga dilakukan bagi kes sekiranya imam terkurang rakaat dalam solat. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain