suria

Suami tinggal sebumbung dengan amah dan anak, isteri tiada di rumah... Dr Zulkifli perjelas hukumnya

Hukum bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram berada dalam satu rumah atau bangunan adalah haram. -Gambar hiasan

ISLAM menyuruh umatnya agar sentiasa menjaga batas dan memelihara kehormatan diri, terutamanya apabila melibatkan hubungan bukan mahram.

Apatah lagi jika seorang lelaki dan wanita yang bukan mahramnya tinggal di bawah satu bumbung.

Larangan seorang lelaki berdua-duaan bersama seorang perempuan yang bukan mahramnya dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah, tohmahan dan syak wasangka orang lain serta berkemungkinan memberi mudarat yang lebih besar seperti terjerumus ke kancah maksiat, perzinaan dan runtuhnya institusi kekeluargaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fahami sabda Rasulullah SAW ‘ipar adalah maut’... Mufti perjelas hukum bermalam, tinggal sebumbung

Namun timbul persoalan, bagaimana pula hukumnya jika seorang pembantu rumah wanita tinggal serumah dengan majikannya, namun ada waktunya isteri majikan tiada di rumah kerana melanjutkan pelajaran, tuntutan kerja atau urusan lain?

Persoalan tersebut dihuraikan dengan penuh tuntas oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi penulisannya dalam Maktabah Al-Bakri.

Indonesian maid NurIndah Sari,32, working at the her employers's home in Taman Puncak Jalil.(December 17,2020).  — AZHAR MAHFOF/The Star

Menutup aurat adalah salah satu daripada perintah Allah agar wanita dapat menjaga kehormatan mereka. -Gambar hiasan

Menurutnya, Allah SWT sendiri menjelaskan mengenai soal kehormatan dan menjaga pandangan dalam firman-Nya menerusi Surah An-Nur, ayat 30 hingga 31.

"Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya," kongsinya.

pic 3

Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. -Gambar hiasan

Menjawab persoalan berkenaan, tegasnya, hukum lelaki dan wanita yang bukan mahram berada dalam satu rumah atau bangunan adalah haram.

"Hal ini kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan mendorong kepada perkara yang tidak sepatutnya," tulisnya lagi.

Namun tambahnya, jika ketiadaan isteri majikan di rumah atas alasan kerja atau urusan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang majikan lelaki dan anak-anaknya duduk serumah bersama amahnya.

"Namun, nasihat kami supaya menjaga adab dan akhlak, serta batasan aurat agar tidak menimbulkan fitnah dan perkara-perkara yang tidak diingini," tulisnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain