SEORANG pengguna laman X meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah hidupnya yang berkahwin dengan lelaki penghidap HIV. Menurut wanita itu, suaminya dijangkiti HIV gara-gara hubungan lampau dengan seorang wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan. Namun, dia tetap menerima lelaki itu yang sudah menyesali perbuatannya dan mereka kini hidup bahagia dengan seorang cahaya mata. "Aku nak cerita suami aku penghidap HIV. Mula-mula sebelum kahwin aku terkejut apabila dia cerita. Tapi dia baik sangat, jadi aku buat keputusan kahwin dengan dia. "Alhamdulillah, keputusan aku tak salah. Dia suami yang baik dan penyayang. Kami dah ada seorang cahaya mata. Aku dan anak bebas HIV. "Aku cuma nak pesan, kita semua ada buat salah tapi mungkin Allah nak uji lebih sebab sayang," ujar wanita itu. Dalam pada itu, laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan wanita berhak menuntut fasakh sekiranya suami mereka menghidap HIV. Huraian Perkahwinan adalah sesuatu yang disyariatkan untuk merealisasikan kasih-sayang di antara lelaki dan perempuan. Mereka yang menghidap HIV perlu mendapatkan rawatan jika mahu berkeluarga. -Gambar hiasan Ia bukan sahaja untuk kebahagian pihak lelaki sahaja kerana Islam tidak sesekali melupakan hak wanita untuk menikmati kebahagian dalam perkahwinan. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam al-Quran: Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Surah al-Rum: 21] Maka, jelaslah perkahwinan itu bukan sahaja untuk memberi kebahagian kepada satu pihak sahaja seperti mana yang disebutkan dalam ayat di atas. Begitu juga sekiranya kita melihat hukum asal bagi pernikahan yang terbahagi kepada beberapa hukum, yang antaranya adalah makruh untuk berkahwin sekiranya akan membawa kepada mafsadah atau keburukan kepada pasangan seperti mempunyai penyakit, keuzuran atau lanjut usia. ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku ‘ikat’ kilang telur, tak sanggup lihat isteri merana... Bekas mufti perjelas hukum vasektomi Maka disebabkan hal ini, untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah melangsungkan perkahwinan, Islam memberikan jalan keluar apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga. Sebelum kita membincangkan hukum bagi soalan di atas, perlu untuk kita fahami terlebih dahulu beberapa persoalan penting berkenaan fasakh. Fasakh adalah jalan keluar daripada pernikahan apabila terdapat aib-aib yang telah ditentukan syarak, dan ia memberi kesan kepada tujuan pernikahan itu. Seks bebas merupakan antara punca jangkitan HIV. -Gambar hiasan Antaranya ialah aib-aib yang menyebabkan terhalang untuk istimta’ atau 'berseronok' di antara suami dan isteri. Secara asasnya, para fuqaha’ telah menyenaraikan beberapa aib-aib yang dibolehkan untuk membawa kepada tuntutan fasakh. Antaranya Maksudnya: Aib-aib dalam pernikahan itu ada tujuh, iaitu gila, kusta, sopak, faraj tersumbat dengan daging, faraj terhalang dengan tulang, zakar tidak boleh membesar, hasyafah terpotong. [Lihat al-Mu’tamad] Dalam perbahasan ini Dr. Muhammad al-Zuhaili menyebutkan secara jelas lagi terang bahawa: Maksudnya: Diqiyaskan ke atas hal-hal ini penyakit-penyakit berjangkit dan merebak seperti penyakit HIV/AIDS, dan lain-lain, kerana menghilangkan keseronokan dari maksud pernikahan. [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’ei] Kesimpulan Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, apabila suami terkena penyakit HIV/AIDS selepas pernikahan, maka boleh untuk perempuan menuntut fasakh kerana ia adalah hak bagi isteri untuk keluar daripada perkahwinan. Hal ini seperti yang disebutkan dalam perbincangan di atas, bahawa apabila telah terkena penyakit yang menghalang hubungan suami isteri, maka sudah hilanglah salah satu daripada tujuan pernikahan yang menghalalkan hubungan ranjang lelaki dan perempuan. Maka, tidaklah menjadi kesalahan kepada yang bertanya dan mereka di luar sana yang mempunyai masalah yang sama untuk menuntut fasakh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube