suria

Dah niat ganti puasa tapi esoknya tak jadi buat, tunda pula ke hari lain... Ini hukum dan huraian anda perlu tahu!

Ramai yang mula melakukan puasa ganti kerana Ramadan bakal tiba tak lama lagi. -Gambar hiasan

TIRAI tahun 2025 baru saja dibuka, tetapi bulan Ramadan dan Syawal semakin dirasai kehadirannya.

Ketika ini, pasti ramai sedang melakukan puasa ganti memandangkan Ramadan akan bermula awal Mac depan.

Namun, berpuasa di luar bulan Ramadan agak sukar memandangkan banyak situasi yang memerlukan kita untuk makan pada siang hari.

Jadi, timbul persoalan mengenai hukum jika kita sudah berniat untuk berpuasa ganti, tetapi terpaksa membatalkannya pada keesokan hari.

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, puasa ganti Ramadan adalah fardu ain dan wajib ditunaikan.

Oleh itu, seseorang yang sudah berniat tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya.

Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.

Huraian jawapan

Sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk berpuasa atas sebab keuzuran seperti sakit, musafir, haid dan sebagainya maka wajib ke atasnya untuk menggantikan semula pada hari yang lain. Firman Allah SWT:

file6o003dnp71lghhaed7

Banyak cabaran terpaksa dihadapi mereka yang berpuasa pada bulan-bulan biasa. -Gambar hiasan

Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. [Surah al-Baqarah]

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan adalah wajib.

Oleh itu, tidak boleh untuk membatalkannya dengan sengaja tanpa uzur yang disyariatkan oleh syarak.

Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA, katanya:

Maksudnya: Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadakan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat. [Riwayat Abu Daud]

Dalam hadis ini Rasulullah meminta penjelasan dari Ummu Hani’ samada beliau berpuasa qada tertentu dan setelah dijelaskan ianya adalah berpuasa sunat maka Rasulullah SAW menjawab bahawa tidak berdosa untuk sengaja berbuka bagi puasa sunat.

Ini bererti jika puasa qada maka adalah tidak dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja.

Mamak for news story, June 1, 2019. GLENN GUAN/The Star

Umat Islam di Malaysia bakal berpuasa pada Mac ini. -Gambar hiasan

Imam Taqiyuddin al-Hisni menyebut di dalam karyanya kifayah al-Akhyar:

Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan puasa ganti, sekiranya puasa yang perlu digantikan segera (seperti puasa yang sengaja dibatalkan tanpa uzur) begitu juga, sekiranya puasa boleh dilewatkan ganti (puasa yang batal kerana uzur tertentu seperti musafir dan sakit), menurut pandangan yang sahih dan nas daripada Imam al-Syafi’e di dalam al-Umm bahawa tidak boleh membatalkannya kerana telah melakukan perkara yang wajib dan tidak ada keuzuran.

Oleh itu, dia wajib menyempurnakannya seperti mana seseorang yang menunaikan solat pada awal waktu maka tidak boleh membatalkannya. [Rujuk Kifayah al-Akhyar]

Puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain yang diwajibkan ke atas mereka yang meninggalkannya.

Oleh itu memutuskannya atau membatalkannya dengan sengaja adalah haram bahkan ia menyebabkan dosa yang besar.

Syeikh Jamal menyebut di dalam hasyiahnya bahawa:

Maksudnya: (Menurut Imam Zakarian al-Ansari: haram membatalkan farduu ain) sebahagian dari dosa besar sepertimana yang disebut oleh para ulama usul fiqh. [Rujuk, Hasyiah Jamal ala Syarh al-Minhaj]

Berbalik kepada persoalan yang diajukan serta penjelasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa puasa ganti Ramadan adalah fardu ain dan wajib ditteruskan.

Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar.

Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain