suria

Sukar tidur malam? Awas! Anda mungkin alami penyakit tersembunyi

Gambar hiasan.

ADAKAH anda mengalami masalah sukar tidur? Jika ya, anda mungkin tidak sedar bahawa anda sebenarnya menghidapi penyakit tersembunyi.

Antara masalah yang mungkin anda alami adalah seperti berikut:

1. Kemurungan

Gambar hiasan.

Menurut laporan oleh Mirror UK, 60 peratus daripada penghidap kemurungan turut menglami masalah imsonia dan tidur.

Pakar kesihatan mental dan tidur, Jane Bozier berkata: "Kemurungan boleh menyebabkan tidur terganggu seperti sukar bangun pagi dan rasa lesu sepanjang hari.

"Jika orang lain sukar untuk tidur, mereka yang mempunyai kemurungan mungkin terjaga beberapa kali dalam satu malam atau mudah terlelap tetapi bangun terlalu awal."

2. Prostat

Gambar hiasan. - Pixabay

Jika anda kerap bangun pada waktu malam untuk ke tandas, anda mungkin mengalami masalah prostat.

"Dia mungkin tidak dapat menahan kencing, tetapi tidak dapat mengosongkan pundi kencing sepenuhnya," kata Jane.

Ia merupakan sejenis kanser yang biasa menyerang kaum Adam pada nisbah satu dalam enam orang.

Syukurlah, kanser prostat adalah salah satu barah yang memiliki kadar sembuh paling tinggi.

3. Artritis

Gambar hiasan.

"Artritis mungkin membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk cuba tidur dan apabila anda sudah melelapkan mata, sebarang pergerakan boleh mengejutkan anda," kata Jane.

Menurut fakta, 80 peratus daripada penghidap artritis mengalami masalah sukar tidur.

4. Putus haid

Gambar hiasan. - Pixabay

"Masalah tidur terbesar untuk wanita yang putus haid adalah bergelut dengan tubuh yang tidak dapat mengawal suhu badan dengan tetap," kata Jane.

Masalah tidur meningkat tiga kali ganda dengan merasa panas, berpeluh pada malam dan hormon yang tidak menentu.

Anda boleh cuba pilih sarung bantal dan tilam yang diperbuat daripada kain kapas atau linen serta elak daripada menggunakan tilam jenis getah busa kerana ia memerangkap haba.

Artikel Lain