suria

Badan berbau? Kasut ketat? Senyum... Ini cara mudah berdepan 10 masalah remeh harian

Limau boleh digunakan sebagai agen menghilangkan bau badan.

KADANG-kadang tanpa disedari terdapat banyak benda di sekeliling kita yang mempunyai banyak kegunaan dan manfaat dalam menjadikan hidup lebih mudah.

Nak tahu apa? Di sini disertakan10 senarai yang boleh membantu anda menyelesaikan perkara remeh dengan sekelip mata!

1. Kasut kalis air

Hendak beli kasut kalis air harganya buat kita melopong! Tapi jangan stress sebab dengan hanya menggunakan lilin lebah (beeswax) ia boleh selesaikan masalah anda.

Apa yang perlu dilakukan adalah sapu lilin lebah pada keseluruhan kasut, ambil pengering rambut dan keringkannya sehingga lilin itu tidak lagi kelihatan. Kasut kalis air siap!

2. Keringkan baju dengan pantas

Bukan semua orang mampu membeli pengering baju ditambah pula keadaan cuaca tidak menentu kadang-kala menyebabkan baju yang dijemur tidak kering.

Wahai pembaca semua... Apa yang perlu dilakukan adalah letakkan pakaian basah di atas tuala kering.

Kemudian gulungkan tuala tersebut sebelum memulasnya untuk mengeluarkan lebihan air pada pakaian basah dan tuala kering akan 'buat kerja' dengan menyerap air. Selepas itu jemur sajalah pakaian itu dan pasti ia cepat kering.

3. Kasut berbau

Baik mengaku! Kasut anda mesti busukkan? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka lakukan aktiviti lasak.

Tak perlu bimbang, pergi ke dapur dan ambil beberapa uncang teh dan letakkan dalam kasut anda. (tapi jangan sampai mak kau perasan uncang tehnya hilang).

Kalau kasut basah dan berbau pula, ambil saja segenggam beras, soda bikarbonat dan uncang teh dan masukkan ke dalam kasut selama beberapa hari.

4. Kasut ketat

Masih mengenai kasut! Jika kekasih anda tersalah beli kasut dengan saiz kecil, jangan melenting dan lemparkan kasut itu ke mukanya.

Sebaliknya sumbatkan surat khabar basah ke dalam kasut sebanyak mungkin dan biarkan ia kering. Dengan izin-Nya ia akan mengembang dan bolehlah diperagakan depan kekasih dengan hati yang gembira.

5. Hidupkan api untuk barbeku

Kalau buat barbeku mesti ada snek seperti chips. Ha! Tahukah anda dalam kentang itu mengandungi lemak, minyak yang cukup sesuai sebagai material fire-starter.


6. Cari barang kecil yang hilang

Dalam kelam kabut kadang-kadang pin tudung atau subang boleh terjatuh sampai tak jumpa kalau dicari. Mudah, sarungkan pantyhose pada batang penyedut vakum dan mulakan pencarian.

Semak dari masa ke semasa sama ada barang yang hilang itu melekat pada sarung kaki tersebut.

7. Hilangkan kesan kotor pada mangkuk tandas

Senang! Ambil sebotol minuman berkarbonat dan tuangkan di sekeliling mangkuk tandas dan bahagian yang kotor sebelum biarkan ia semalaman.

Kemudian bersihkan dengan sabun pencuci. Bak kata Rihanna shining like a diamond!


8. Sinki tersumbat

Campak lagi macam-macam dalam sinki tu, kan dah tersumbat! Senang jer. Siram air panas ke lubang sinki selama seminit sebelum taburkan satu cawan soda bikarbonat dan perlahan-lahan tuangkan satu cawan cuka ke dalam lubang sinki.

Sesudah itu, siramkan air panas sekali lagi dan selesai masalah, tak perlu bayar upah tukang paip!

9. Elak butang tertanggal

Untuk mengelakkan butang baju tertanggal, sapukan pengilat kuku tanpa warna pada bahagian benang butang dan biarkan kering.

10. Hilangkan bau badan

Jika ada masalah badan berbau dan kerap melakukan aktiviti lasak, ambil sebiji lemon atau limau dan belah dua kemudian gosokkan ke bahagian ketiak atau keseluruhan badan. Lepas sental jangan masuk mulut pula limau tu. - BRIGHT SIDE

Suratkhabar, Lemon, Soda Bikarbonat, Vakum

Artikel Lain