DUDUK semeja tapi setiap seorang sibuk dengan telefon masing-masing! Itu bukan situasi asing lagi dalam masyarakat kita malah situasi itu sudah menjadi biasa apabila sesebuah keluarga menghabiskan masa bersama. Ia tanpa disedari akan memberikan kesan besar terutamanya kepada anak-anak yang akan merasakan mereka tidak disayangi. Mungkin nampak tak penting tapi menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dapat mengeratkan kasih sayang serta mewujudkan memori baik untuk dikenang pada masa hadapan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak cepat ‘sado’? Tidur lebih nyenyak? Ini 7 khasiat pisang yang anda harus tahu ARTIKEL BERKAITAN: Badan berbau? Kasut ketat? Senyum... Ini cara mudah berdepan 10 masalah remeh harian mStar menyenaraikan lima aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga pada waktu lapang. Kanak-kanak kini lebih cenderung menghabiskan masa bersama gajet berbanding ibu-bapa mereka. 1. Makan bersama Makan bersama sebenarnya bukan sahaja mengumpulkan ahli keluarga tetapi menerusi makanan kita dapat berkomunikasi dan berkongsi tentang aktiviti harian masing-masing. Ibu-bapa juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk bertanya hal berkaitan pelajaran, masalah anak-anak selain memberi nasihat kepada mereka. 2. Membaca Buat yang mempunyai anak kecil, kajian menunjukkan jika anda membaca buku kepada anak-anak ia dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam berbahasa dan percakapan. Ia juga boleh meningkatkan sikap ingin tahu selain memberi perhatian kepada apa yang didengarinya. Aktiviti riadah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. 3. Buat kerja rumah bersama Melakukan kerja rumah bersama-sama dapat mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap rumah yang diduduki bersama selain mengajar anak-anak dan diri sendiri tentang tanggungjawab. 4. Bantu kerja sekolah anak-anak Kerja sekolah anak bukan hanya terletak kepada guru sahaja! Ibu-bapa juga harus ambil tahu tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka supaya mereka tidak ketinggalan. Kajian menunjukkan ibu bapa yang membantu anak mereka dalam pembelajaran dapat meningkatkan gred mereka di sekolah selain mengeratkan hubungan. 5. Sembahyang berjemaah Bagi yang beragama Islam, aktiviti paling mudah dan memberi banyak pahala adalah sembahyang berjemaah bersama-sama. Ia bukan sahaja memberi tauladan yang baik buat mereka tetapi meningkatkan kerohanian kita kepada Tuhan.