suria

Roti susu kurma pasti bangkit selera pagi raya anda!

Roti Massimo Kurma Susu buat anda kekal aktif sepanjang masa.

MENJELANG musim perayaan tidak lama lagi, Massimo mengeluarkan produk terbaharu Roti Massimo Kurma Susu yang sesuai untuk hidangan berkhasiat di pagi lebaran, sekaligus memastikan anda terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Setiap kepingan roti mengandungi tepung gandum berprotein tinggi dengan buah kurma berkualiti terbaik diimport khas dari Timur Tengah yang pastinya mampu memikat selera anda ditambah pula dengan aromanya dan rasa manis berkaramel.

Masa terbaik adalah dengan menikmati roti berkhasiat ini bersama seisi keluarga dan dihidangkan pula dengan minuman panas kegemaran anda. Cicah dengan kuah kari pun apa salahnya,betul-betul menyelerakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Roti tisu Syed Saddiq vs roti kosong Papagomo... tepuk dada tanya selera!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak perlu takut gemuk! Roti canai paling sihat di dunia akan dijual di Malaysia

Sarapan yang sihat dan kaya dengan nutrien ini mampu menjadikan anda terus aktif sepanjang masa.

Roti Massimo Kurma Susu boleh dinikmati bersama keluarga.

Ingatlah untuk mendapatkan sebungkus roti keluaran terbaharu ini supaya anda dapat menikmatinya bersama keluarga.

Massimo yang diperkenalkan sejak 2011 memastikan kebaikan dalam setiap gigitan, dari rasa dan tekstur memenuhi piawaian kecemerlangan jenama dan warisannya.

Roti kegemaran ramai ini boleh didapati di pasaraya besar dan kedai runcit di kawasan berhampiran anda.

Massimo, sarapan, lebaran

Artikel Lain