suria

Minyak sayuran tingkat risiko sakit jantung, ketahui 5 makanan, minuman mudaratkan kesihatan

Minyak sayur boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam badan. - CBS News

JIKA anda pernah terfikir sejenak untuk melakukan perubahan kepada pemilihan makanan yang lebih sihat, sebenarnya anda tidak keseorangan.

Kadang-kadang makanan atau minuman yang kita sangka berkhasiat untuk badan, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Terdapat pelbagai makanan sihat 'palsu' yang terdapat di pasaran dan tidak mustahil anda sebagai pengguna akan terpedaya dengannya.

Menurut portal Eat This, berikut adalah lima makanan yang biasa kita nikmati namun tidak disangka sebenarnya tidak baik untuk kesihatan!

Roti gandum penuh mengandungi gula jagung berfruktosa tinggi dan molases. - Taste of Home

1. Roti gandum penuh

Roti gandum penuh bukanlah makanan sihat yang anda harapkan.

Kebanyakan roti itu dibungkus dengan gula jagung berfruktosa tinggi dan molases (sejenis gula), terutamanya yang dipasarkan sebagai roti gandum penuh madu.

Jus hijau tidaklah berkhasiat seperti yang diharapkan. - Inspired Taste

2. Jus hijau

Peminat jus hijau mungkin berada dalam keadaan kejutan gula.

Jus yang dikisar di kedai makanan kesihatan anda mungkin mengandungi banyak sayur-sayuran, tetapi semua buah yang digunakan untuk memaniskan minuman itu turut mengandungi gula juga.

Malangnya, tidak seperti smoothie, jus anda hanya mengandungi sedikit serat dan akan membuatkan anda lapar semula dalam tempoh singkat.

Bukan tidak boleh minum air kelapa langsung, tapi jangan terlalu kerap! - Pinterest

3. Air kelapa

Lupakan air kelapa dan hidratkan tubuh anda dengan air biasa untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Walaupun minum air kelapa jauh lebih baik daripada air bersoda, kalau boleh hadkan pengambilannya kepada sekali seminggu sahaja.

Minyak sayur-sayuran meningkatkan risiko penyakit jantung. - CBS News

4. Minyak sayur-sayuran

Jangan terkejut kerana tidak semua yang datang daripada sayur adalah makanan yang sihat.

Minyak sayur yang melalui proses separuh hidrogenasi boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kandungan gula dalam susu soya yang telah diproses adalah tinggi. - Corrie Cooks

5. Susu soya

Susu soya berperisa mungkin lebih teruk untuk kesihatan anda berbanding pelbagai produk tenusu lain.

Selain menjadi penyebab kepada gangguan kelenjar endokrin, ia berpotensi menimbulkan risiko kesihatan serius terhadap individu yang mempunyai masalah hormon.

Sementara itu, susu soya coklat selalunya mengandungi kira-kira 15 gram gula dan tujuh gram pek barangan manis lain.

makanan, minuman, kesihatan

Artikel Lain