suria

'Cuci' buah pinggang anda, bebaskan racun... Jom cuba 5 minuman ini

Buah pinggang adalah organ penting dalam badan manusia dan perlu dijaga dengan baik.

BUAH pinggang atau ginjal merupakan organ penting tubuh yang berfungsi menapis darah dan membuang racun daripada dalam badan manusia.

Oleh kerana itu, adalah sangat penting bagi kita menjaga kesihatan ginjal bagi memastikan ia dapat membebaskan racun dengan berkesan daripada tubuh.

Menjaga buah pinggang juga tidak sukar, selain menjaga pemakanan terdapat beberapa jenis minuman yang boleh diamalkan bagi tujuan membersih dan menjaga fungsinya agar kekal sihat termasuk mengelak jangkitan dan keradangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya makan sayur dan buah, si vegan ini kurang risiko penyakit jantung

Paling penting minuman ini boleh didapati dan dibuat dengan mudah. 

Berikut adalah lima jenis minuman yang dapat menjaga kesihatan buah pinggang anda.

1. Air rebusan halia

Air rebusan halia dapat menghilangkan radikal bebas dan mengurangkan peradangan ginjal menurut kajian dilakukan oleh HHD Research.

Caranya mudah, parutkan halia dan rendam di dalam air panas selama lima minit. Madu juga boleh ditambah sebagai pengganti gula.

2. Jus lemon

Selain dapat membersihkan lemak dan hati, jus lemon juga dapat membersihkan ginjal. Kandungan asid sitrik dalam lemon dapat membersihkan sisa-sisa kalsium pada buah pinggang.

Kalsium yang membentuk itu boleh menjadi bahaya kerana ia adalah permulaan kepada masalah batu karang.

Mudah, hanya perahkan lemon dan campurkan dengan air sejuk sebelum diminum.

3. Air rebusan kunyit

Kunyit mengandungi antioksidan yang dapat melawan inflamasi. Kajian menunjukkan ia dapat menghentikan peradangan terhadap penyakit berkaitan buah pinggang kronik.

Ia juga menurunkan tekanan darah yang menjadi penyebab atau faktor risiko penyakit gingal. Bagi memberikan rasa enak kepada air rebusan kunyit, anda juga boleh perah lemon atau limau.

4. Air rebusan daun jelatang

Daun jelatang terkenal sebagai ubat herba yang mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk buah pinggang. Menurut kajian daripada Health Line, daun jelatang mengandungi kebaikan bagi mengurangkan masalah peradangan.

Antioksidan dalam daun jelatang juga dapat melindungi ginjal daripada radikal bebas. Rebus daun jelatang dan minum airnya.

5. Teh dandelion

Bunga dandelion kaya dengan vitamin A, B kompleks, C dan D serta zat besi dan zinc. Teh dandelion bersifat diuretik yang dapat membuatkan ginjal bekerja lebih baik ketika membuang racun dari badan.

Ia juga menggantikan kalium yang hilang di dalam air kencing.

Artikel Lain