SUKAR tidur sudah menjadi masalah 'biasa' bagi kebanyakan orang meskipun mata mengantuk. Antara punca sukar tidur termasuklah penggunaan telefon sebelum tidur selain terlalu banyak berfikir membuatkan tubuh anda enggan berehat. ARTIKEL BERKAITAN: 'Scaling' bukan sekadar buang karang gigi, ada 4 kebaikan termasuk rawatan macam di spa! Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membantu anda tidur dengan lebih cepat termasuklah; Bermain telefon sebelum tidur boleh menjadi penyebab sukar tidur. 1. Kaedah ketenteraan Kaedah ketenteraan disebut mampu membantu anda tidur dengan mudah. Malah dalam prosesnya, ia hanya mengambil masa selama 120 saat sebelum anda tertidur. Ia diperkenalkan oleh Sharon Ackerman menerusi tulisannya dalam buku berjudul Relax and Win: Performance Championship. Menurut Sharon, Akademi Angkatan Laut Amerika Syarikat mengamalkan rutin ini bagi membantu anggota tentera tidur dalam masa kurang dua minit. Caranya juga cukup mudah: * Relakskan wajah termasuk otot di dalam mulut. * Relakskan bahu dan biarkan tangan berada disamping tubuh termasuk kaki, peha dan betis. * Bernafas dengan tenang dan kosongkan fikiran serta membayangkan suasana santai. * Jika tidak berhasil, cuba ucapkan 'jangan berfikir' berulang kali selama 10 kali. * Dalam kiraan 10 saat, anda akan tertidur. Tidur yang cukup meningkatkan produktiviti anda. 2. Kaedah 4-7-8 Kaedah ini memfokuskan kepada pernafasan yang membantu anda mengalihkan fikiran yang kemudiannya membuatkan anda tertidur dan paling penting kaedah ini hanya memerlukan dua minit sahaja. Menggabungkan kekuatan meditasi dan visual, kaedah pernafasan ini akan menjadi efektif jika dilakukan berterusan namun anda disarankan untuk merujuk doktor terlebih dahulu jika anda mengalami masalah asma. Bagi memudahkan proses ini, letakkan hujung lidah ke bahagian lelangit mulut dan; * Tutup mulut dan tarik nafas dalam-dalam menerusi hidung selama lima saat. * Tahan nafas selama tujuh saat. * Hembus nafas (dengan mengeluarkan suara) selama lapan saat. * Cuba kosongkan fikiran anda. *Ulangi cara itu empat kali dan anda akan mula rasa mengantuk. 3. Tenangkan otot badan Kaedah ini secara dasarnya akan memberi tekanan kepada otot badan terlebih dahulu sebelum membiarkannya relaks. Gerakan dilakukan dapat membuatkan tubuh anda tenang. Caranya juga mudah; * Angkat kening setinggi mungkin selama lima saat. * Turunkan kening dan berikan masa 10 saat untuk ia berehat. * Senyum lebar sehingga otot di pipi dapat menegang. Setiap kali senyum kekalkan senyuman anda selama lima saat dan biarkan ia berehat 10 saat. * Gesel mata beberapa kali dan tutup mata kemudian celikkan mata. Dongakkan kepala dan tahan selama lima saat, dan lepas untuk 10 saat. * Kemudian tundukkan dagu sehingga terkena dada sebelum lepas. Ulang beberapa kali sehingga anda berasa tenang dan mengantuk. 4. Bercakap dengan diri sendiri Jika anda sukar tidur, apa kata cuba bercakap dengan diri sendiri dan 'berbual' mengenai masalah kesukaran anda hendak tidur. Bagi penderita insomnia, kaedah ini paling berkesan malah kajian mendapati orang yang mengamalkan kaedah itu boleh tertidur lebih cepat. 5. Bayangkan tempat yang tenang Mengira sering dianggap boleh membantu anda tertidur namun jika kaedah itu membuatkan fikiran anda menjadi aktif, apa kata cuba berimaginasi tentang perkara menenangkan anda. Dalam satu kajian mendapati, seseorang akan lebih mudah tidur dengan membayangkan tempat-tempat yang tenang seperti air terjun, aroma selepas hujan atau perkara membuatkan fikiran anda tenang.