BAGI mereka yang sedang giat bersenam untuk membentuk otot badan, minuman suplemen seperti protein shake antara yang sering dijadikan amalan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai minuman wajib kerana ingin mendapatkan bentuk tubuh diidamkan dengan lebih cepat tanpa menyedari bahawa ia boleh membahayakan kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Antara susu kambing dan susu lembu, mana lebih berkhasiat? Kajian yang dilakukan terhadap pengambilan protein shake berlebihan mendapati ia meningkatkan risiko obesiti selain kematian mengejut.Penyelidikan di Universiti Sydney Charles Perkin Centre itu memfokuskan kepada kesan asid amino (BCAA) terhadap tubuh manusia. Minuman protein diakui memang dapat membantu mempercepatkan proses pembentukan otot badan. Suplemen BCAA sering diambil dalam bentuk serbuk yang kemudiannya ditambah air untuk dijadikan minuman kocak. Ia memang dapat membantu pembentukan otot namun kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Nature Metabolism ini menemui kesan negatif setanding dengan manfaatnya. Suplemen BCAA mampu memberi kesan kepada sikap seseorang selain menyebabkan peningkatan berat badan mendadak selain kematian mengejut. Kadar BCAA yang tinggi dalam darah juga dapat mengganggu tidur kerana penurunan hormon serotonin yang merangsang rasa tenang dan membantu kita untuk tidur. Bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat, penyelidik telah menguji kesan BCAA pada tikus makmal dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama tikus diberi suplemen BCAA seumur hidup dalam jumlah yang sama setiap hari dan ia makan dua kali ganda lebih banyak berbanding tikus yang tidak diberi suplemen itu. Biasanya serbuk protein akan dicampur dalam air untuk dijadikan minuman kocak. Menurut ketua penyelidikan itu, Dr. Samantha Salon-Biet, diet tinggi protein dan rendah karbohidrat memang terbukti menurunkan berat badan namun hasil penelitian itu jelas menunjukkan keseimbangan asid amino adalah sangat penting. "Cara terbaik adalah variasikan sumber protein anda untuk memastikan tubuh mendapatkan keseimbangan asid amino," ujarnya. BCAA adalah kelompok tiga asid amino iaitu leusin, isoleusin dan valin yang biasa ditemui dalam makanan seperti daging merah dan susu. Dalam kalangan mereka yang giat membentuk otot, protein whey adalah salah satu bentuk protein paling popular kerana mengandungi BCAA paling tinggi seperti dadih. Menurut pakar pemakanan, Dr. Rosiline Ribeiro, pengambilan protein daripada pelbagai sumber berbeza seperti ayam, ikan, telur, kacang, susu dan sebagainya adalah sangat disarankan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!