SAIZNYA mungkin kecil tetapi kacang pea mengandungi banyak khasiat dan nutrisi yang diperlukan tubuh manusia. Ia bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh dicampurkan dalam sup, nasi goreng, salad dan sebagainya.ARTIKEL BERKAITAN: Makan sampai sengkak perut? Tak perlu risau, duduk termenung mungkin mampu buat anda rasa lega Berikut adalah lima kebaikan kacang pea yang mungkin tidak anda ketahui. Kacang pea mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi. 1. Tinggi protein Setiap setengah cawan kacang pea mengandungi 4 gram protein. Ia tiga kali ganda lebih baik daripada lobak merah dalam jumlah yang sama. Asid amino yang terdapat dalam kacang pea dapat memberi manfaat kepada kekuatan otot dan tulang, hormon, struktur enzim serta penting dalam pembentukan kulit, darah dan tulang. 2. Baik untuk mata Setengah cawan kacang pea mengandungi 35 peratus vitamin A yang diperlukan tubuh setiap hari bagi menjaga kesihatan mata.Vitamin A digunakan untuk menjaga kornea mata agar tetap bersih serta membantu anda melihat lebih jelas dalam keadaan gelap. Selain dimakan mentah, kacang pea juga boleh dicampur dalam pelbagai masakan. 3. Menjaga sistem penghadaman Kacang pea mengandungi serat yang tidak hanya membantu anda berasa kenyang lebih lama tetapi juga menyumbang kepada bakteria baik pada usus, mencegah bakteria jahat daripada lolos ke kawasan itu. Ia juga mengandungi serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah sembelit dengan cara membuang kotoran lebih mudah dan cepat. Kacang pea juga dapat mengurangkan risiko sindrom kerengsaan usus besar namun sekiranya anda memang mengalami masalah itu, sebaik-baiknya menjauhi makanan ini. 4. Kurangkan risiko kanser Ia mampu mengurangkan risiko kanser kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan agen perosak dalam tubuh serta mengurangkan keradangan. Kacang pea juga kaya dengan vitamin K yang dapat melawan kanser prostat serta pertumbuhan tumor. 5. Mencegah diabetes Kacang pea rendah indeks glikemik (GI) yang bermaksud ia tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah berbanding makanan dengan GI tinggi. Kacang pea juga bekerja untuk menstabilkan kadar gula dalam darah dan ia makanan sesuai untuk pesakit diabetes. Tidak hanya itu, ia turut membantu mengurangkan risiko diabetes kerana kandungan magnesium, vitamin K, A, C dan B di dalamnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!