suria

Hari Kebangsaan norma baharu, jangan terperap saja di rumah! Jom suntik semangat patriotik dengan buat 4 aktiviti ini

Hiaskan rumah dengan tema kemerdekaan bagi menaikkan semangat patriotik.

TAHUN 2020 bakal mencatat satu lagi kelainan apabila kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 tanpa sebarang acara perbarisan seperti mana lazimnya pada tahun sebelum ini.

Ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengawal penjarakkan fizikal bukan sahaja dalam kalangan peserta perarakan tetapi juga pengunjung yang akan berkumpul.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa... Hanya guna cap jari, pensyarah hasilkan potret Tunku Abdul Rahman!

Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak menyemarakkan semangat patriotik dalam diri bersempena dengan kemerdekaan tahun ini.

Terdapat pelbagai perkara yang boleh kita lakukan bagi meraikan Hari Kebangsaan meskipun hanya di rumah bertepatan dengan tema tahun ini iaitu 'Malaysia Prihatin'.

1. Kibarkan Jalur Gemilang

Perkara yang paling mudah boleh kita lakukan adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang di halaman dan di dalam rumah sebagai menaikkan semangat patriotik.

Boleh juga jadikan ia sebagai aktiviti kekeluargaan dan pada masa sama dapat mengajar anak-anak tentang erti kemerdekaan.

2. Menonton filem bertemakan kemerdekaan

Memandangkan tiada sebarang perarakan tahun ini, apa kata luangkan masa di rumah dengan menonton filem-filem bertemakan kemerdekaan seperti Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Hati Malaya dan Bukit Kepong.

Cara ini juga dapat membuatkan kita menghayati erti perjuangan yang sebenar serta mempelajari sejarah.

3. Memakai pakaian tradisional

Bukan hari raya sahaja kita patut pakai baju tradisional tetapi Hari Kebangsaan juga ia boleh digayakan. Tentu lebih terasa semangat kemerdekaan itu sekiranya lengkap berpakaian tradisional seperti baju Melayu, Sari dan Cheongsam.

4. Karaoke lagu-lagu patriotik

Bagi yang mempunyai set karaoke di rumah, inilah masanya nak tunjuk bakat mendendangkan lagu Bahtera Merdeka. Selain dapat pupuk semangat kemerdekaan, ia adalah aktiviti menyeronokkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain